MInD MAYA 2020 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MInD PAMER 2020
RAYYAN RAYNA COLOURFUL DOUGH (RRCD) AROMATIC DOUGH
Zaharilah Abdul Kadir Roslimah Saat Erana Abd Seman Dr Nirwana Mohd Rashid Chong Siw Fong
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR [email protected]
Pengenalan/Latarbelakang RRCD-Aromatic Dough hasil cetusan idea untuk mengganti dough berwarna-warni yang boleh
didapati di pasaran. Dough di pasaran tidak selamat kerana bahan asasnya ada campuran bahan kimia. RRCD-Aromatic Dough dihasilkan berasaskan tepung gandum dan
dicampur dengan bahan semula jadi tumbuh-tumbuhan yang berwarna dan mengeluarkan bau atau aroma yang menyenangkan, garam halus digunakan supaya dough kekal tahan digunakan.
Impak • Berupaya menimbulkan keseronokan dan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada guru pelatih dan murid-murid. Murid-murid dapat menggunakan sepenuhnya motor halus. • Kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan untuk membuat gerakan. Pergerakan ini melibatkan ketangkasan (dexterity) otot-otot kecil pada tangan dan jari tangan. • Aktiviti melibatkan kemahiran meramas, menggentel, mengoyak, mencubit, menguli, memicit, merenyuk, melipat, menguntai, menjentik, dan merenjis. • Aktiviti RRCD-Aromatic Dough melibatkan kemahiran motor halus, digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Boleh merangsang diskriminasi bau dan visual kanak-kanak.
Rasional Masalah yang ketara pada pendidikan awal kanak-kanak dan murid pendidikan khas masalah
pembelajaran adalah kurang cekap menggunakan motor halus khususnya jari jemari untuk membuat kerja tangan.
Masalah dalam kerja tangan ini juga menyebabkan murid prasekolah dan murid Pendidikan
khas berhadapan dengan kesukaran untuk membuat perbandingan, pengelasan, keliru dengan konsep memadan. Keadaan ini mengakibatkan mereka membuat kesalahan berte-rusan dalam menghasilkan kerja tangan atau menghasilkan kerja tangan yang tidak berkualiti dan ini meningkatkan lagi tingkah laku pasif kanak-kanak. Antara punca utama yang dikenal pasti kanak-kanak kurang cekap membuat banding beza, memadan, dan mengkelas adalah kerana mereka tidak dapat membezakan bau, warna, saiz dan bentuk.
Keaslian (No MyIPO-IP/No ISBN) RRCD-Aromatic Dough Pendaftaran dengan Myipo Nombor Pendaftaran LY2018001177
Telah dibukukan dengan No Pendaftaran Perpustakaan Negara ISBN 978-967-5820-20-5
RAYYAN RAYNA COLOURFUL DOUGH (RRCD) AROMATIC DOUGH
Strategi Penyelesaian
Model kajian tindakan PDCA digunakan sebagai panduan dalam kajian menghasilkan Rayyan Rayna Colourful Dough (RRCD) – Aromatic Dough, kajian bertujuan membantu guru menyediakan bahan bantu mengajar yang efektif untuk aktiviti motor halus, membuat banding beza dan terapi dalam konteks pendidikan. Berdasarkan analisis didapati kanak-kanak kurang cekap menggunakan motor halus, membanding beza, dan kurang aktiviti guru dalam kelas yang berunsurkan didik hibur telah mencetuskan idea innovator menghasilkan RRCD-Aromatic Dough.
Perluasan/Komersial
Telah disebar luaskan di beberapa buah sekolah di sekitar Negeri Sembilan untuk Program Pendidikan Khas Masalah pembelajaran, Program Transisi Tahun Satu dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Antara sekolah yang telah melaksanakannya: a.SK KGV Sekolah Berprestasi Tinggi- Program Transisi Tahun Satu b.SK Rasah Jaya – Program Wacana Ilmu bersama murid dan keluarga murid pendidikan khas. c.Kelas KEMAS Spring Hill- bersama kanak-kanak prasekolah d.Pelajar PISMP Unit Pend. Pemulihan Amb Jun 2016 – Praktikum di beberapa buah sekolah di Seremban dan aktiviti semasa kuliah kursus Pengamatan dalam Pendidikan Pemulihan.
Buku RRCD-Aromatic Dough
Guru KEMAS sedang menggunakan RRCD membentuk huruf
bersama kanak-kanak
Mengadakan bengkel RRCD bersama murid Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran
Dough warna-warni beraroma coklat, limau, pandan, strawberi, kopi
dan kunyit
RRCD mendapat Gold Award dalam pertandingan International Invention,
Innovation & Design (IIID 2018) Membentuk dough RRCD
Video RRCD Myipo