+ All Categories
Home > Education > Pak3013 (b1) (1)

Pak3013 (b1) (1)

Date post: 15-Apr-2017
Category:
Upload: hemah-naidu
View: 330 times
Download: 2 times
Share this document with a friend
23
FALSAFAH MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1.1 Falsafah Pendidikan awal Kanak-Kanak Negara 1.2 Matlamat Pendidikan Awal Kanak-Kanak 1.3 Objektif Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Transcript
Page 1: Pak3013 (b1) (1)

FALSAFAH MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1.1 Falsafah Pendidikan awal Kanak-Kanak Negara

1.2 Matlamat Pendidikan Awal Kanak-Kanak

1.3 Objektif Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Page 2: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 FAA/PAK3013 2

PengenalanAwal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk

kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun.

Mengikut ‘The National Association for The Education of Young Children’ (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun.

Page 3: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 FAA/PAK3013 3

KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak.

Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.

Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak.

Page 4: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 FAA/PAK3013 4

KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.Aktiviti 1.Apakah perbezaan antara istilah-istilah ini:

Taska, Tadika dan Tabika?

Page 5: Pak3013 (b1) (1)

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN, FALSAFAH, MATLAMAT & OBJEKTIF

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Page 6: Pak3013 (b1) (1)

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Page 7: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 7

Apa itu Awal Kanak-Kanak? Peringkat awal kanak-kanak ialah satu jangka

masa yang amat penting dalam proses pembesaran semua kanak-kanak.

Pada peringkat inilah kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial.

Kanak-kanak juga telah memantapkan diri mereka dengan agak mudah dan berjaya sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka.

Pada masa ini juga mereka berdepan dengan cabaran yang bagi kebanyakan kanak-kanak merupakan pengalaman baharu yang tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini.

FAA/PAK3013

Page 8: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 8

• Pada akhir jangka masa ini kanak-kanak telah dapat membentuk konsep diri mereka sebagai insan sosial.

Pemikiran dan penggunaan bahasa kanak-kanak ini juga telah sampai kepada suatu rumusan tentang keupayaan dan harga diri mereka.

Keadaan ini menggambarkan bahawa mereka juga terlibat dalam pengajaran awal kanak-kanak prasekolah dan sekolah mempunyai pelbagai tanggungjawab.

FAA/PAK3013

Page 9: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 9

MENGAPA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PENTING?

Asas dan persediaan untuk kehidupan akan datang.

Kanak-kanak berkembang dengan cara dan kadar yang berbeza-beza dari segi intelek, rohani, emosi, sosial, moral dan jasmani.

Semua kanak-kanak mempunyai kebolehan yang boleh dikenal pasti dan dipertingkatkan.

Kanak-kanak belajar daripada apa yang berlaku pada mereka dan di sekitar mereka. Mereka tidak memisahkan pembelajaran mereka, subjek atau disiplin diri.

FAA/PAK3013

Page 10: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 10

Kanak –kanak belajar dengan berkesan melalui tindakan/ melakukannya sendiri.

Kanak-kanak belajar dengan berkesan apabila mereka terlibat secara aktif dan berminat.

Kanak yang mempunyai keyakinan kendiri mempunyai asas “headstart” untuk belajar.

Kanak-kanak perlu masa dan ruang untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.

Apa yang kanak-kanak tahu adalah titik permulaan kepada pembelajarannya

FAA/PAK3013

Page 11: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 11

Bermain dan berbual adalah cara utama kanak- kanak belajar tentang diri mereka, orang lain dan dunia luar.

Kanak-kanak yang digalakkan berfikir mempunyai kebolehan untuk bertindak sendiri.

Hubungan dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa penting untuk perkembangan diri.

(Laporan oleh Sir Christopher Ball, 1994)

FAA/PAK3013

Page 12: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 12

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pusat Asuhan & Tabika Prasekolah

FAA/PAK3013

Page 13: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 13

Jenis Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia

Tadika Prasekolah

Taska TabikaFAA/PAK3013

Page 14: Pak3013 (b1) (1)

FALSAFAH DAN MATLAMAT PRASEKOLAH

Page 15: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 15

Falsafah dan Matlamat Prasekolah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Matlamat Pendidikan Prasekolah

Objektif Pendidikan Prasekolah

FAA/PAK3013

Page 16: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 16

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

FAA/PAK3013

Page 17: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 17

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 (KSPK)

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

FAA/PAK3013

Page 18: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 18

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat(4) hingga enam(6) tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:

 FAA/PAK3013

Page 19: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 19

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH1. Membina kecergasan badan.2. Mempunyai tubuh badan yang

sihat.3. Mempraktikkan amalan

kesihatan yang baik.4. Mempraktikkan langkah-langkah

menjaga keselamatan diri. 5. Menguasai kemahiran motor

halus dan asas motor kasar.6. Mempunyai kematangan emosi.FAA/PAK3013

Page 20: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 20

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH7. Mempunyai konsep kendiri yang

positif dan jati diri.8. Berani menyuarakan pandangan dan

perasaan. 9. Berkebolehan berinteraksi dengan

orang lain. 10. Boleh bekerja secara bersendirian

dan juga bekerja secara berkumpulan.11. Menghormati perasaan serta hak

orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.FAA/PAK3013

Page 21: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 21

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH12. Mengamalkan nilai murni.13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam

kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

14. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.

15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas. FAA/PAK3013

Page 22: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 22

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.

17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika

19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

FAA/PAK3013

Page 23: Pak3013 (b1) (1)

05/03/2023 23

Aktiviti Perbincangan KumpulanTajuk:

◦Bincangkan persamaan dan perbezaan antara tadika dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing. Lokasi Bilangan murid & guru Program Latar belakang murid ……

FAA/PAK3013


Recommended