+ All Categories
Home > Documents > Big Sem 8 Skttj2

Big Sem 8 Skttj2

Date post: 27-Sep-2015
Category:
Upload: masni-nas-saban
View: 38 times
Download: 3 times
Share this document with a friend
Description:
BIG lawatan penanda aras
27
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN 2015 LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUNKU JAAFAR 2 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. NAMA PELAJAR : MASNI BT HJ.MOHD ARIS NO. KAD PENGENALAN : 690718-05-5440 KUMPULAN/ UNIT : BMM2 NAMA PENSYARAH : PN.SITI NORMANISEH BT ZAKARIA
Transcript

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

PROGRAM BINA INSAN GURU

TAHUN 2015

LAWATAN PENANDA ARAS

KE

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUNKU JAAFAR 2

70300 SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

NAMA PELAJAR : MASNI BT HJ.MOHD ARIS

NO. KAD PENGENALAN:690718-05-5440

KUMPULAN/ UNIT:BMM2

NAMA PENSYARAH: PN.SITI NORMANISEH BT ZAKARIA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

TARIKH HANTAR:30 APRIL 2015

KANDUNGAN

Bil

Kandungan

Muka surat

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

7.0

8.0

9.0

10.0

11.0

12.0

13.0

14..0

15.0

Pengenalan Bina Insan Guru

Rasional Bina Insan Guru

Matlamat

Objektif

Tarikh, Masa dan Tempat

Peserta Program

Mentor

Ahli Jawatankuasa

Anggaran Kewangan

Pengangkutan

Tentatif Program

Penutup

Lampiran:

I. Tentatif Program

Laporan Lawatan Penanda Aras

Lampiran Lawatan.

3

4

5

6

6

6

7

7

7

8

8

8

10

11

15

1.0 Pengenalan

Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada tahun 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra-perkhidmatan yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program pensiswazahan Guru (PPG) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pembinaan Insan Guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa.

Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG). Pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara serta mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.

Pada kali ini, Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Aras atau lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan memberi tumpuan kepada sekolah cemerlang, sekolah harapan negara dan sekolah inovasi atau sekolah berprestasi tinggi.

Bukan sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap ciri-ciri kepimpinan, pengurusan, iklim atau budaya sekolah, infrastruktur dan infostruktur kurikulum di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.

Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan diri yang lengkap dari aspek jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran idalam era globalisasi.

2.0 Rasional

Kursus BIG mengandungi tiga tema utama iaitu Konsep dan Ciri-Ciri Dalam Pembinaan Insan Guru, Pembinaan Insan Guru, serta Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema ini direalisasikan melalui satu lawatan Benchmarking yang bakal dilaksanakan.

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah.

Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisien. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efektif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.

Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada guru tentang gerak kerja dalam pengurusan sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran tugas guru supaya dapat membina jati diri bahawa guru perlu lebih efektif di dalam pengurusan sekolah. Maka, guru mampu menyesuaikan diri dalam menangani cabaran era globalosasi.

Di samping itu, guru-guru dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk keperibadi positif dan membekalkan model insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.

3.0 Matlamat

Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, guru-guru PPG diharapkan bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kefahaman dengan pendedahan ciri-ciri kepimpinan sekolah cemerlang, sistem pengurusan serta insfrastruktur dan budaya sekolah, pada masa yang sama juga dapat :

3.1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama.

3.2. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta sikap muhibah di antara satu sama lain.

3.3. Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan.

3.4. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik.

3.5. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

3.6. Dapat melahirkan para guru yang berketrampilan, berwibawa dan berani menghadapi cabaran hidup dan seruan kerajaan dalam usaha menjana modal insan cemerlang.

3.7. Mendapat pelbagai perkongsian idea dalam keberhasilan kecemerlangan pendidikan.

3.8. Mendapat panduan dan pedoman dalam merealisasikan sebuah perancangan ke arah kecemerlangan pendidikan.

3.9. Dapat menjalin dan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru.

3.10 Memberi pengalaman yang berguna kepada para guru di dalam lawatan ini

Melaluinya, para guru PPG akan lebih jelas bagaimana hendak mewujudkan satu suasana sekolah yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0 Objektif

Program BIG ini ditujukan kepada para guru agar selepas mengikuti lawatan akan dapat :

4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.

4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.

4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah.

4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.

4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.

4.6 Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.

4.7 Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomuniti dalam kepelbagaian budaya.

4.8 Merancang, melaksanakan, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

4.9 Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan.

5.0 Tarikh, Masa Dan Tempat

Program Bina Insan Guru IV bagi guru Sk.Desa Jasmin ini akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 18 Mac 2015

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang (5 jam)

Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2

6.0 Peserta Program

Seramai 20 orang guru SK.Desa jasmine akan menyertai Lawatan Penanda Aras ini

dan terdapat para guru PPG Semester 8 yang terdiri daripada 1 orang dari unit BMM 2, seorang dari Unit Pemulihan Khas dan 4 org dari Pendidikan Islam.

.

7.0 Mentor

Mentor yang dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh pihak pentadbiran IPG Kampus Raja Melewar adalah Puan Siti Normaniseh Bt Zakaria untuk Unit BMM2

,

8.0 Ahli Jawatankuasa

Senarai Ahli Jawatankuasa Program Lawatan penanda Aras telah dipilih adalah seperti berikut:

Pengerusi: Pn. Rahimah Bt Ibrahim (Guru Besar Sk.Desa Jasmin)

Naib Pengerusi: Pn.Aidah Bt Mustaffa (GPK kokurikulum Sk.Desa Jasmin)

Setiausaha: Masni Bt Hj. Mohd Aris

Naib Setiausaha: Siti Aminah Bt Baharudin

Bendahari: Jazimah Bt Mohd Talib

Ahli Jawatankuasa:

Pengacara Majlis

Pn.Fahariah Bt Amin

Penyambut Tetamu

Rahimah Bt ibrahi

Aidah Bt Mustaffa

Bacaan Doa

Ustaz Fauzi Fouet

Brosur

Nor Azleena Bt Mohd Zin

Hazmah bt Sidek

Rakaman Video

Isman Bin Adnan

Mohd Fairuz Harun

Fotografi

Wahidah Bt Wahab

Jazimah Bt Talib

Dokumentasi

Habsah Bt Ali

Laila Bt aman

Hadiah/Sijil/Borang Penilaian

Rohaya bt Saari

Raudah Bt Ramli

Siaraya

Anuar Said

Surat Edaran

Masni Bt Hj Mohd Aris

Jamuan

Kamsiah Bt Ali

Sailah Ngah

Persiapan Tempat

Aminah Bt Baharudin

Sarimah t Zakaria

9.0 Anggaran Kewangan

Segala kewangan ditanggung oleh 20 orang guru Sk.Desa Jasmin. Berikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan program :

BIL

PENDAPATAN

JUMLAH (RM)

PERBELANJAAN

JUMLAH (RM)

1

Kutipan RM 15 x 20 orang guru

RM300.00

1.Cenderahati

2. Makanan

2.Lain-lain

RM 100.00

RM 150.00

RM 50.00

JUMLAH

RM 300.00

JUMLAH

RM300.00

10.0 Pengangkutan

Pengangkutan persendirian

11.0Tentatif Program

Program Lawatan penanda aras ini akan mengambil masa selama 5 jam yang melibatkan aktiviti berunsur ilmiah, interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera dalam tentatif program seperti di LAMPIRAN I.

12.0 Penutup

Secara kesimpulannya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini diharapkan dapat membantu guru dalam memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disediakan oleh ,

........................................

( MASNI BT HJ. MOHD ARIS)

Setiausaha,

Lawatan Penanda Aras

Sk. Desa Jasmin.

LAMPIRAN I

TENTATIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS DAN BINA INSAN GURU SEMESTER 8/2015

TARIKH

MASA

AKTIVITI

18.03. 2015

SABTU

7.15 pagi

Guru Berkumpul di Sk.Desa Jasmin

7.30 pagi

Bertolak ke SK Taman Tuanku Jaafar 2

8.00 pagi

Tiba di SK Taman Tuanku Jaafar 2

8.10 pagi

Pendaftaran

8.30 pagi

Majlis suai kenal

9.00 pagi

Penerangan dan taklimat tentang sejarah penubuhan dan mengumpul maklumat sekolah

9.30 pagi

Taklimat tentang corak kepimpinan dan sistem pengurusan sekolah

10.30 pagi

Lawatan ke makmal, perpustakaan, bilik komputer, bilik-bilik khas mata pelajaran dan kelas.

11.30 pagi

Sesi soal jawab dan temu ramah setelah lawatan

12.30 tengah hari

Penyampaian cenderahati dan sesi fotografi.

12.45 tengah hari

Makan tengah hari

1.00 petang

Bersurai

LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING KE SEKOLAH KECEMERLANGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUANKU JAAFAR 2

70450 SEREMBAN, N.SEMBILAN

Tarikh: 18 Mac 2015

Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang

Tempat: Sek Keb Taman Tuanku Jaafar 2.,Seremban

LAPORAN LAWATAN

Pada 18 Mac 2015 bersamaan hari Rabu, para peserta yang terlibat telah berkumpul di Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin , Nilai, untuk melaksanakan program BIG dan lawatan ke sekolah cemerlang . Kami semua tiba di Sekolah Kebangsaan Taman Tunku Jaafar 2 pada jam 8.00 pagi dengan menaiki kenderaan masing-masing. Kebanyakkan daripada kami dapat menepati masa yang telah ditetapkan.

Setelah sampai di sekolah, kami berkumpul di bilik mesyuarat sekolah . Kami telah disambut oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum Pn. Fahita Bt Mohamad serta guru-guru lain sekolah itu yang amat mengalu-alukan kedatangan kami untuk melaksanakan program BIG di sekolah itu.

Seterusnya, kami diberikan taklimat oleh guru besar sekolah tersebut. Di dalam taklimat itu kami diberi penerangan tentang pengurusan sistematik di sekolah itu. Kami juga turut diberitahu tentang visi dan misi sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga telah memaparkan pencapaian yang telah diraih oleh sekolah dalam pelbagai bidang yang diceburi sama ada dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid mahupun Kokurikulum.

Setelah selesai mendengar taklimat kami di bawa melawat sekitar sekolah untuk melihat kemudahan dan infrastruktur yang terdapat pada sekolah tersebut seperti telefon awam, taman permainan, pra sekolah dan lain-lain lagi. Kami juga dapat melihat terdapat banyak mural-mural yang cantik dan menarik pada dinding dan tangga sekolah.

Terdapat banyak bilik-bilik khas di sekolah tersebut. Kami dibawa untuk melihat sendiri bilik-bilik khas itu. Kekamasan dan kebersihan di bilik khas menyejukkan mata memandang. Setelah selesai lawatan, kami berkumpul semula di bilik mesyuarat untuk sesi penutup.

Penyampaian hadiah dan cenderahati telah disampaikan kepada guru besar sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami kepada pihak sekolah di atas kerjasama yang diberikan.

Tepat pukul 1.00 petang kami pulang ke destinasi masing-masing dengan menaiki kenderaan senrdiri. Segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar sekali pada hari tersebut mengikut perancangan.

Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak sekolah sendiri dalam mentadbir sekolah tersebut. Saya dapati bahawa guru besar sekolah tersebut iaitu Pn. Hjh Noor Semali Bt Alias merupakan seorang guru besar yang suka merendah diri. Beliau menyatakan bahawa, sebarang perubahan dan budaya kecemerlangan yang diterapkan di sekolah tersebut adalah sama seperti sekolah-sekolah yang lain, tiada banyak perbezaan dilakukan. Namun, beliau amat menekankan disiplin di sekolah tersebut. Bukan sahaja murid-murid perlu berdisiplin malahan guru-guru juga tidak terkecuali. Menurut beliau sahsiah sahaja bukan datang dari murid tetapi mesti datang dari guru barulah murid akan mengikuti. Selain itu, tema atau prinsip yang dipegang oleh beliau dalam mentadbir sekolah ialah sahsiah cemerlang teras kejayaan dunia dan akhirat. Untuk menjadi seorang guru yang hebat beliau menyatakan bahawa seorang guru perlu jadi agen perubahan iaitu yang sentiasa mengikuti peredaran semasa. Agen perubahan yang dimaksudkan ialah boleh bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat membetulkan sentimen minda masyarakat.

Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukan tugasan ini ialah kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan komitmen sesama unit. Ini telah menyukarkan kami untuk menjayakan program tersebut. Selain itu, kelemahan yang lain boleh dilihat ialah bagi sekolah tersebut ialah kemudahan padang yang kecil untuk menampung kegunaan murid. Padang mereka terpaksa dikongsi dengan Sekolah Menengah Taman Tunku Jaafar..

Bagi mengatasi semua kekangan di atas, terdapat beberapa penambahbaikkan dan cadangan. Antaranya ialah kami telah cuba menyiapkan segala kertas kerja serta surat menyuarat yang diperlukan seawal mungkin. Selain itu, masalah kekeliruan dan keraguan yang timbul telah diatasi dengan semua unit telah berganding bahu serta bergilir-gilir untuk menjalankan tugas supaya tidak berlaku pertelingkahan antara satu sama lain. Bagi penambahbaikkan dari segi masa yang diperuntukkan pula, carilah waktu dan masa yang sesuai untuk menagadakan program tersebut serta semua maklumat yang ingin disampaikan dapat disalurkan dengan mudah dan tidak tegesa-gesa.

REFLEKSI LAWATAN

Alhamdullilah, tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa ada yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin agar dapat membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah sendiri dan membaiki segala kelemahan yang ada di sek.Keb Desa Jasmin.Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang.Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif Lawatan Penanda Aras ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Melalui pelaksanaan Program Bina Insan Guru ini telah dapat melatih pembangunan profesional pendidikan yang berterusan kepada seseorang guru yang menjurus kepada pembangunan kerjaya dan kecemerlangan perkhidmatan. Program ini juga dapat memupuk sikap kerjasama di kalangan peserta dan mendidik sikap bertoleransi di kalangan peserta.

Dengan adanya lawatan sekolah cemerlang ini dapat memberikan banyak manfaat bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga pada pihak sekolah di mana ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat diaplikasikan di sekolah masing-masing di samping dapat berkongsi bersama-sama guru lain di sekolah kelak.

Lawatan ini juga, merupakan suatu aktiviti yang memberi banyak faedah terutamanya dalam meningkatkan profesionalisme keguruan. Semasa lawatan tersebut dapat melihat dengan sendiri pencapaian sama ada dari infrastuktur, organisasi dan pelbagai lagi yang boleh dijadikan panduan untuk diamalkan di sekolah kelak. Pelbagai budaya kecemerlangan boleh dijadikan teladan untuk diamalkan di tempat bertugas.

Keseluruhannya, dengan adanya lawatan benchmaking sekolah cemerlang ini dapat membantu dalam meningkatkan lagi tahap sekolah-sekolah lain ke peringkat yang lebih baik sama ada dari segi infrastruktur mahupun pencapaian bagi sesebuah sekolah itu ke tahap yang lebih baik dan cemerlang.

LAMPIRAN

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR LAWATAN BENCHMAKING SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

BILIK PEPERIKSAAN

Anugerah Pusat sumber terbaik

kebangsaan

Anugerah Nilam

BILIK DOKUMENTASI

MAKMAL KOMPUTER

LALUAN DI TANGGA DAN PAPAN ILMU

PUSAT SUMBER CEMERLANG

PRA SEKOLAH CEMERLANG


Recommended