+ All Categories
Home > Documents > ETNIK BAB 6

ETNIK BAB 6

Date post: 13-May-2017
Category:
Upload: preman-prem
View: 222 times
Download: 2 times
Share this document with a friend
49
HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS) KURSUS WAJIB WAJ3106 SEMESTER 3 PISMP – IPGM / PPPRPET (BAB 6)
Transcript
Page 1: ETNIK BAB 6

HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS)

KURSUS WAJIB WAJ3106

SEMESTER 3PISMP – IPGM / PPPRPET

(BAB 6)

Page 2: ETNIK BAB 6

TAJUK:Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks

hubungan Etnik di Malaysia

Page 3: ETNIK BAB 6

Konsep Perlembagaan

• Perlembagaan – kumpulan peraturan / undang-undang samada bertulis / tidak, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

• Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.

Page 4: ETNIK BAB 6

• Perlembagaan lebih penting bagi sesebuah negara yang berbilang etnik seperti Malaysia demi menjamin perpaduan nasional dan pembangunan negara.

Page 5: ETNIK BAB 6

PERLEMBAGAAN

Yang Dipertuan Agong(Ketua Negara)

• Parlimen Kerajaan/ kabinet Kehakiman• (Legislatif) (Eksekutif) (Judisiari)

• 15 BAHAGIAN

• 183 PERKARA

• 13 JADUAL

Page 6: ETNIK BAB 6

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

• TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

• Selepas Jepun menyerah kalah, British datang semula ke Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945.

• Kerajaan sementara ditubuhkan, dikenali sebagai dengan nama British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British.

• Pada 31 Mac 1946, Malayan Union (MU) diperkenalkan untuk menggantikan BMA.

• MU menyatukan 3 jenis pentadbiran yang diperkenalkan sebelum penaklukan Jepun iaitu:

• (a) Negeri-negeri Selat (Singapura, Pulau Pinang & Melaka)• (b) Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Pahang, Perak,

Selangor, Negeri Sembilan)• (c) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan,

Johor dan Terengganu.

Page 7: ETNIK BAB 6

• Ketiga-tiga pentadbiran ini disatukan di bawah satu pentadbiran pusat.

• MU terbentuk hasil tipu muslihat British melalui wakilnya, Sir Harold McMichael yang telah datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan persetujuan melalui ugutan dan paksaan terhadap raja-raja Melayu untuk menandatangani surat penubuhan MU.

• Dalam tempoh dua bulan. McMichael telah mendapatkan tanda tangan 9 orang Raja/Sultan.

• MU ditubuhkan pada 1 April 1956 dengan Sir Edward Gent menjadi Gabenor yang pertama.

Page 8: ETNIK BAB 6

• Perlembagaan MU menegaskan• Sesiapa yang lahir di Tanah Melayu

akan menjadi warganegara secara automatik.

• Semua warganegara mendapat hak yang sama

• Singapura diasingkan pentadbirannya dan dijadikan Crown Colony.

• Gabenor British sebagai Ketua MU mempunyai kuasa yang luas.

• Kuasa raja-raja Melayu dihadkan.

Page 9: ETNIK BAB 6

• Orang Melayu menentang penubuhan MU. Antara sebab penentangan:

• Pemberian taraf warganegara kepada semua amat merugikan orang Melayu.

• Penubuhan MU tidak dirundingkan dan dirahsiakan kepada rakyat.

• Raja-raja diberi masa berfikir yang singkat dan dipaksa turunkan tanda-tangan.

• Raja-raja Melayu akan kehilanagan kuasa, taraf dan martabat.

Page 10: ETNIK BAB 6

• Akibat daripada penentangan:• Orang Melayu mengadakan tunjuk perasaan beramai-

ramai• Tercetusnya semangat nasionalisme Melayu• Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu

Semenanjung (PMS) pada tahun 1946.• Persatuan-persatuan Melayu tubuhkan Kongres untuk

menentang MU. Kongres ini diketuai oleh Dato Onn Jaafar, kemudian membawa kepada penubuhan UMNO untuk menentang Malayan Union.

• Raja-raja Melayu memulaukan upacara perlantinan gabenor Malayan Union.

• Bekas pegawai British juga menentang penumbuhan Malayan Union.

• Akhirnya, British membatalkan penubuhan Malayan Union.

Page 11: ETNIK BAB 6

• Reaksi kepada penentangan dan akibat penubuhan MU

• Pada Julai 1946, satu jawatankuasa baru dibentuk British untuk merangka perlembagaan baru Tanah Melayu yang dianggotai wakil-wakil raja, wakil UMNO dan wakil British. Jawatankuasa kemukakan tiga perkara:

• Kekalkan hak keistimewaan Melayu• Ketatkan hak kewarganegaraan• Mencadangkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

(PTM)– British juga tubuhkan jawatankuasa perunding untuk

dapatkan pandangan orang bukan melayu.– Orang bukan Melayu menubuhkan Majlis Tindakan

Bersama Tanah Melayu (AMCJA) pada 22 Disember 1946 yang dikeluarkan Tan Cheng Lok.

Page 12: ETNIK BAB 6

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU• Terdiri daripada 9 buah negeri, Singapura, Pulau

Pinang dan Melaka diasingkan sebagai Crown Colony.

• Mengandungi Majlis Perundingan Persekutuan.• Ahli Majlis

– 75 orang– Kebanyakan Melayu– Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

• Pesuruhjaya Tinggi ialah Ketua Kerajaan dan Presiden Majlis Perundangan.

• Pesuruhjaya dibantu oleh Majlis Eksekutif.• British kuasai pertahanan dan hal ehwal luar• Lebih banyak kuasa diberi kepada kerajaan

negeri

Page 13: ETNIK BAB 6

• Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu adalah satu kemenangan bagi UMNO– Malayan Union dihapuskan– Kedaulatan Raja-raja dikekalkan– Hak istimewa orang Melayu dikekalkan– Penentuan kerakyatan dikekalkan

• British bimbang berlaku ketegangan kaum lalu menubuhkan satu Jawatankuasa yang diwakili oleh semua kaum (1947)

• Pengerusinya Thurasingam, Ketua Persatuan Orang-orang Ceylon.

Page 14: ETNIK BAB 6

PERKEMBANGAN PARTI-PARTI POLITIK• UMNO• Disusun semula oleh Dato’ Onn Jaafar untuk

menentang Malayan Union• Dato’ Onn cuba membuka UMNO kepada orang

bukan Melayu• Beliau juga mencadangkam dilonggarkan syarat

kerakyatan kepada orang bukan Melayu.• Ramai ahli UMNO tidak bersetuju hasrat dan

cadangan Dato’ Onn.• Dato’ Onn meletak jawatan Presiden UMNO

pada 1951 dan diganti oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Page 15: ETNIK BAB 6

• PKTM• Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan

Tanah Melayu (PKTM)• PKTM tidak mendapat sokongan ramai kerana

orang Melayu menyokong UMNO, dan orang cina menyokong MCA

• 1952 Perikatan UMNO-MCA ditubuihkan menjelang pilihanraya untuk Majlis Bandar Kuala Lumpur.

• Perikatan UMNO-MCA bimbang PKTM akan memenangi Pilihanraya.

• Akhirnya Perikatan menang 9 dari 12 kerusi.• Perikatan semakin mantap• PKTM gagal membentuk parti pelbagai kaum

kerana tidak mendapat sokongan orang Melayu dan orang Bukan Melayu.

Page 16: ETNIK BAB 6

• MCA• Ditubuhkan oleh Tun Tan Cheng Lock dan Leong Yeok

Koh• MCA bertujuan melindungi kepentingan ekonomi dan

politik msayarakat cina di Tanah Melayu.• MCA menunjukkan taat setia kepada kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu.• Berkerjasama dengan UMNO dan mendapat sokongan

ramai.• MIC• Ditubuhkan pada 1946, Presiden pertamanya ialah John

Thivy• MIC bertujuan melindungi hak-hak orang India di Tanah

Melayu.• Mulanya MIC menyertai AMCJA dan PKTM untuk

menuntut kelonggaran syarat kewarganegaraan.• Apabila Datok Onn bubarkan PKTM, MIC menyertai

Perikatan pada tahun 1855.

Page 17: ETNIK BAB 6

• PARTI NEGARA• Setelah bubarkan PKTM, Dato’ Onn tubuhkan

Parti Negara dalam bulan Februari 1954• Parti ini terbuka kepada semua kaum dan kaum

Melayu yang paling ramai.• Tujuan:• Mencapai kemerdekaan dalam tempoh lima

tahun• Memperjuangkan perpaduan kebangsaan• Mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu• Menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris sebagai bahasa rasmi.• Parti Negara mengalami kegagalan dan tidak

memenagi sebarang kerusi dalam pilihanraya tahun 1955.

Page 18: ETNIK BAB 6

• PAS• Ditubuhkan oleh haji Ahmad Fuad bin Hassan (1951)

setelah keluar dari UMNO• Tujuan:• Menjadikan Islam sebagai agama rasmi• Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi• Mengetatkan syarat-syarat kerakyatan.• 1956, Dr. Burhanuddin Al Helmy menjadi Presiden PAS• PARTI BURUH• Dipimpin oleh Mohd Sopie bin Sheikh Ibrahim• Ditubuhkan pada 15 Mei 1957.• Berhaluan kiri, mendapat sokongan daripada pekerja di

bandar.• Bergabung dengan Parti Rakyat menjadi Barisan

Sosialis 1957

Page 19: ETNIK BAB 6

KE ARAH KEMERDEKAAN.• Peranan Parti Perikatan• Berjanji: • Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dalam tempuh 10 tahun• Masalah kerakyatan akan dikaji semula• Kedudukan Raja-raja akan terjamin• Keistimewaan orang Melayu dilindungi• Memenangi pilihanraya umum 1955 (51 daripada 52

kerusi)• Tuanku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri dengan

10 orang Jemaah Menteri.• British menguasi Kementeriaan Pertahanan dan

Kewangan.• Pesuruhjaya British berkuasa veto untuk menolak

sebarang keputusan yang tidak dipersetujui.

Page 20: ETNIK BAB 6

• Misi Merdeka• Bulan januari 1956, Tuanku Abdul

Rahman mengetuai perwakilan ke London untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

• Rombongan terdiri daripada 4 wakil Perikatan dan 4 wakil Raja.

• British berjanji akan memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

• Dalam rundingan itu sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk merangka Perlembagaan Tanah Melayu.

Page 21: ETNIK BAB 6

• Suruhanjaya Reid• Dipengerusikan oleh Lord Reid• Bersidang sebanyak 118 kali• Menerima 131 memorandum bertulis

daripada pertubuhan dan individu• Rang perlembagaan diluluskan oleh

Majlis Perundangan pada 15 Ogos 1957 dan berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957

Page 22: ETNIK BAB 6

• Suruhanjaya Perlembagaan• Diketuai oleh Lord Reid dan dikenali sebagai

Suruhajaya Reid• Ahli-ahlinya ialah:• - Sir Ivor Jennings (Britain)• - Sir William McKell (Australia)• - B.Malik (India)• Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

• Perkara yang dibincangkan• Kedudukan raja-raja melayu• Hak istimewa orang Melayu• Kepentingan kaum lain

Page 23: ETNIK BAB 6

• Parti Perikatan menolak Perlembagaan yang terhasil itu.• Sebab-sebab di tolak• Islam tidak diakui sebagai agam rasmi• Membenarkan seseorang menjadi rakyat Tanah Melayu

dan rakyat sebuah negara lain (2 kerakyatan serentak)• Bahasa Tamil dan bahasa Cina digunakan dalam Majlis

Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka.• Hak istimewa orang Melayu tidak dijamin.• Sebuah jawatankuasa baru dibentuk untuk menkaji

semula rang undang-undang perlembagaan itu.• Tunku Abdul Rahman mengetuai perwakilan ke London.• Perubahan dibuat dan Perlembagaan baru disediakan.• 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman mengistiharkan

kemerdekaan Tanah Melayu di Stadium Merdeka.

Page 24: ETNIK BAB 6

• PERLEMBAGAAN 1957• Berdasarkan prinsip-prinsip demokrasi• Tanah Melayu mempunyai Parlimen yang terdiri

daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara• Dewan Rakyat 104 ahli dipilih setiap 5 tahun.• Dewan Negara 38 ahli. Sebahagian dilantik dan yang

lain dipilih.• Ketua Negara ialah Yang Di-Pertuan Agong• Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri• Perdana Menteri membentuk Kabinet• Setiap Negeri mempunyai Dewan Negeri.• Yang lahir di Tanah Melayu selepas 31 Ogos 1957 jadi

warga negara. Yang lain boleh memohon untuk jadi warganegara

• Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi

• Keistimewaan Melayu kekal seperti pemberian tanah/biasiswa

Page 25: ETNIK BAB 6

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

• CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN• Menurut Tun Mohamed Suffian (1990), Perlembagaan• Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut:

• Struktur Kerajaan

• Ketua Negara ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih oleh 9 Raja-raja Melayu dan berkhidmat selama 5 tahun atas nasihat Perdana Menteri , Majlis Raja-Raja dan kabinet .

• Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik daripada parti yang mendapat sokongan majoriti dan Dewan Rakyat. Beliau akan membentuk Kabinet yang bertanggung jawab kepada Parlimen.

Page 26: ETNIK BAB 6

• Parlimen terdiri daripada 2 dewan iairu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dan ahli Dewan Negara dilantik iaitu 2 orang oleh setiap Dewan Perundangan Negeri dan selebihnya 16 orang dilantik oleh DYMM Agong.

• Di peringkat negeri, Sultan/raja/Yang Di-Pertuan Negeri menjadi Ketua Menteri masing-masing. Manakala ketua kerajaan oleh Menteri Besar / Ketua Menteri. Ahli-ahli Majlis Perundangan Negara dipilih oleh rakyat untuk tempoh 5 tahun.

Page 27: ETNIK BAB 6

• Kewarganegaraan• Mereka yang telah mendapat warganegara

sebelum hari merdeka.• Semua yang dilahirkan di Persekutuan Tanah

Mjelayu pada atau selepas hari merdeka.• Sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas yang

dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu dan telah bermaustautin selama 5 daripada 7 tahun boleh memohon menjadi warganegara sekiranya meeka mengetahui Bahasa Melayu dan bersedia mengangkat sumpah taat setia.

• Dua kerakyatan tidak dibenarkan kecuali bagi kerakyatan komanwel

Page 28: ETNIK BAB 6

• (a) Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagaisebuah Persekutuan.

• (b) Sebagai negara raja berperlembagaan.• (c) Sebagai sebuah negara demokrasi

berparlimen.• (d) Perlembagaan memperuntukkan Islam

sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama.

Page 29: ETNIK BAB 6

• (e) Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan

• dan kebebasan undang-undang.• (f) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa

ketiga-tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza.

• Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan Parlimen manakala Eksekutif pula mempunyai bidangkuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan

Page 30: ETNIK BAB 6

Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan:

• Perkara 1 hingga 4• Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi • Persekutuan• Perkara 5 hingga 13 • Kebebasan Asasi• Perkara 14 hingga 22• Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)• Perkara 23 hingga 28A• Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)• Perkara 29 hingga 31• Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)• Perkara 32 hingga 37 • Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)

Page 31: ETNIK BAB 6

• Perkara 38• Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)• Perkara 39 hingga 43C• Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)• Perkara 44 hingga 65• Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan• Persekutuan)• Perkara 66 hingga 68• Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)• Perkara 69 • Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak • Dan guaman )• Perkara 70 hingga 72• Negeri-negeri• Perkara 73 hingga 79• Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri• (Bab 1 – Bahagian kuasa-kuasa perundangan)• Perkara 80 hingga 81• Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri• (Bab 2 – Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)

Page 32: ETNIK BAB 6

• Perkara 82• Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri• (Bab 3 – Pembahagian beban kewangan)• Perkara 83 hingga 91• Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri• (Bab 4 – Tanah)• Perkara 92• Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri • (Bab 5 – Pembangunan negara)• Perkara 93 hingga 95• Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri• (Bab 6 – Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan • pemeriksaan mengenai kegiatan Negeri)

Page 33: ETNIK BAB 6

• Perkara 95A hingga 95E• Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri• (Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)• Perkara 96 hingga 112• Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 – Am)• Perkara 112A – 112D• Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 – Pemakaian• Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak)• Perkara 113 hingga 120 • Pilihanraya• Perkara 121 hingga 131A • Perhakiman• Perkara 132 hingga 148• Perkhidmatan Awam

Page 34: ETNIK BAB 6

• Perkara 149 hingga 151• Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan • Kuasa-kuasa Darurat• Perkara 152 hingga 160B• Am dan Pelbagai• Perkara 161 hingga 161H• Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak• Perkara 162 hingga 180• Peruntukan Sementara dan Peralihan• Perkara 181• Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja• Perkara 183 hingga 183• Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-

raja

Page 35: ETNIK BAB 6

Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)

• Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

• Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Page 36: ETNIK BAB 6

• Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu.

• Perkara153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain.

• Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

Page 37: ETNIK BAB 6

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

• Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada sebahagian daripada kontrak sosial

Page 38: ETNIK BAB 6

Kedudukan Agama Islam

• Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Page 39: ETNIK BAB 6

Kedudukan Bahasa Melayu

• Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Page 40: ETNIK BAB 6

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

• Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :

• -          perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4) • -          ekonomi : Perkara 153 (6) • -          pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)• -          Kedudukan Istemewa orang Melayu yang lain

termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.

• -          Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Page 41: ETNIK BAB 6

Kewarganegaraan• Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai

undang-undang kerakyatannya yang selaras.Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-

• -          Perolehan Kewarganegraan : • Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1)• -          Penamatan Kewarganegaraqan• Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2)• -Peruntukan Tambahan • Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3)• Dalam Perlembgaan ada dua cara menyebabkan sesorang itu boleh hilang

kewarganegarannya:• • -Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan • dilucutkan sekiranya mendapat kerakyatan • daripada negara lain• -Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan • dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia kepada • negara.

Page 42: ETNIK BAB 6

KEBEBASAN HAK ASASI• Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan

Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak-Hak Asasi ini meliputi :

• Perkara 5 : Kebebasan Diri • Perkara 6 : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan • buruh paksa)• Perkara 7 : Perlindungan daripada undang-undang • Jenayah• Perkara 8 : Hak Kesamarataan• Perkara 9 : Hak Kebebasbn Bergerak• Perkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan

persatuan• Perkara 11 : Kebebasan Beragama• Perkara 12 : Hak Mendapat Pendidikan

Page 43: ETNIK BAB 6

Perkara 13 : Hak Terhadap Harta

• Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya haka-hak tersebut boleh disekat melalui antaranya:

• Perkara 149 – Perbuatan Subversif • Perkara 150 – Kuasa-kuasa Darurat • Perkara 159 – Akta Keselamatan Dalam Negeri

1960 • Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 1975 • Dan beberapa akta lain.

Page 44: ETNIK BAB 6

Pindaan

• Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti 2/3 bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, Perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak times 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan indidvidu adalah pada sekitar 650.

Page 45: ETNIK BAB 6

Bahasa Kebangsaan Agama Persekutuan

Unsur-unsur tradisional dlm Perlembagaan Malaysia

Kedudukan istimewa Pemerintahan berajaOrg Melayu

Page 46: ETNIK BAB 6

Pegawai bahagian 1 dlm Perkhidmatan Kerajaan pada 1November 1968 mengikut etnik.

Perkhidmatan Melayu Bukan Melayu JumlahPentadbiran 706 515 1221

Arkitek, jurutera & Profsional 73 370 443

Kesihatan & Perubatan 64 693 757

Ahli sains fizikal 13 51 64

Ahli sains sejati 60 108 168

Perangkawan profesional 38 166 204Undang-undang 7 37 107Unit beruniform 331 369 700

Pengangkutan & media massa 67 188 255Jumlah 1422 2497 3919

Page 47: ETNIK BAB 6

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

• Menurut Tun Mohamed Suffian (1990), Perlembagaan• Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut:• (a) Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai• sebuah Persekutuan.• (b) Sebagai negara raja berperlembagaan.• (c) Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen.• (d) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama• rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak• mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan• dengan jelas menjamin kebebasan beragama.

Page 48: ETNIK BAB 6
Page 49: ETNIK BAB 6

Recommended